CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 18, 2011

Update Perkembangan Terkini Muhammad Faeq Muazzam (18 April 2011)

 Salam...

Agak lama update blog ni. Almaklumlah terbizi pula tahun ni... mana master lagi (sedih, sbb i have to quit), then bisnes lagi, MyLittleMomo, so nda cukup masa mo update blog. TAPI... setelah melihat perkembangan faeq, rasa ingin pula update disini, bukan apa, bila suda tua nanti, bole gak baca2 balik entry di sini.. mesti bestkan??

Ok, hmmm, mau mula dari mana dulu.. skrg faeq pandai buat apa aaa... senang crita tengok la list di bawah:

1. Suka pukul/tumbuk orang. Mana2 dia pegi terutamanya di taman poli, mesti dia tumbuk org. Stakat rekod terkini dia tumbuk haikal (anak kak adha), yang bestnya haikal balas balik...hahahhaa..lucu2, tp nda best la kan, kecik2 suka tumbuk2, (ni pengaruh ben10). After insiden tu, ben10 di"band" di rumah ni... alhamdulillah, kurang sikit tabiat menumbuknya. Mmg betul la tv ni kuat pengaruh.

2. Bercakap 2,3 patah dalam sekali. hmmm..nda tau la ngam ka tidak perkembangannya ni (2y8mths), tp budak ni baru pandai sambung2 perkataan utk buat ayat yang simple2... banyak dia cakap 1-1 perkataan ja. yang paling best dia suka sebut perkataan "rusyak", "o-owww (terpengaruh katun little Einstein), "sowwy", "ammekumm", "jom", "wammo - 1 more", itu ja aku ingat stakat ni.

3. Suka angkat bantal adik dia, dan tolong letak di atas katil, bila adiknya kena angkat dari living ke bilik. hmmm..rasa sweet betul bila pikir2 balik.

4. Suka kiss sana sini, kiss di kaki, kiss di lengan, kiss di meja, kiss remote, kiss mainan, semua dia mau kiss... hmmmm... salah ajaran kali. hahahhahaa...

5. Suka kerutkan kening bila marah sambil hadiahkan jelingan maut... huahuahuaa.. dia sll buat ni bila pi taman, dan budak2 pompuan @ ibu2, tegur2 dia.. so, kunun2 mau tunjuk mahal, dia pun buat la tabiat mcm ni. sabar ja laaa...

6. O ya, berat badan 14kg +++ tapi, rasa2 mcm 20kg kalau diangat. Punya main beraaaaatttt...

7. Telah mencipta rekod "berenang" aksi kuak lentang dan aksi bebas di parkson 1borneo. Sabar ja la nakkk...mama buat bodo ja kalau ko buat mcm tu. Baru ko tauuu...

8. Mendapat kasut crocs kedua dalam hidup ko. Papa yang belanja. Mama pula belanja adik khair. :D

9. Takut masuk boo boo land, terutama bila ko tengok mainan kerusi bumper tu, faeq fobia sbb dulu pernah naik dgn papa, muka pucat lesi. skali this tyme tengok bumper tu terus patah balik pi tempat papa, then kita pun nda jadi main... hahhaa.. (jimat duit mama)

10. Pandai kencing sendiri di tandas. Nda pakai pampers suda siang2 kecuali tyme tidur.. hihihi.. pandai anak mama.

11. Malas makan, dan sangat, sangat, sangat degil tyme makan. geram mama tauuuuuuuu... mcm2 mama masak, tapi tyme ni ko suka makan sup. so, mama sll kasi masak sup, mcm2 sup, sup ayam, sup ikan, sup fish ball, sup makaroni, sup campbell.. mcm2 ada... nasi haram ko mau yaa.. nasib baik gumuk.

Ok la, stakat ni itu ja la... penat suda mama. till then, ini gambar terkini faeq...






Sunday, January 2, 2011

New Year with K H A I R

 


Photo session bersama Khair yang kini berumur 1 tahun 11 hari. Lokasi Tanjung Aru. Wohooo..bestnya amik gambar anak sendiri!! :)

Friday, December 31, 2010

Azam 2011

Lagi beberapa jam 2010 akan meninggalkan kita.. banyak sgt kenangan pahit, manis, suka, duka, marah, sedih, mcm2 ada... rasa2nya kenangan2 tu ada aku tulis dalam blog ni. Semalam, sehari sebelum 2010 meninggalkan kita, aku telah buat satu keputusan penting dalam hidupku, hmmm.. yup, menyahut cabaran dan merebut peluang yang datang. Borang permohonan Master in Civil Engineering siap diisi. Huh, itu dia cabaran paling besar dalam 2011 ni.. mampu dan larat ka mau menghadapi sesi P&P nanti. Biarpun amik mode coursework, kelas di hujung minggu, huhu..comfem no life la lepas ni. Nda dapat joka2... anak2pun rindu2an la dgn mamanya ni.. tapi nda pa, just for 3 semester. Then pastu, just buat projek ja.. huhuuu..mampu ka aku?? buat2 mampu ja la kan. So, panjang lebar pula intronya ni. Yang sebenarnya aku mau buat list azam aku tahun ni. Aku ni cepat lupa, at least bila tertulis, bole juga dibaca sll..

Azam 1
Bersungguh2 for my master. 

Azam 2
Kerja dgn rajin dan ikhlas :)

Azam 3
Kumpul duit dan emas banyak2.. nanti mau guna tuk masuk rumah baru dan renovate rumah, huhu, nda sabarnya.. insyaallah 2012 masuk rumah :))

Azam 4
Family planning.. mau belajar, so, jgn la pregnant pula. hohohoooo...

Rasa2nya, cukup la 4 azam ja. Karang banyak2, nda pla tercapaikan.. Harap2 semua aku boleh buat tuk 2011 ni, dan semoga rezeki bertambah untuk keluargaku, terutamanya buat suamiku tersayang, manatau ada rezeki kerja dekat2 ngan poli, di kkip ka, tuaran ka.. huhuuu... dan semoga semua urusan dipermudahkan, dipelihara kesihatan dan bertambah kasih sayang. aminnnnnnn... :)




Thursday, December 30, 2010

CONGRATES MALAYSIA

 Yahooooooooo..huh, semangat bola membara2, TAHNIAH kepada pasukan malaysia sbb berjaya menganyang indonesia utk merebut piala AFF Suzuki 2010, sejuta2 tahniah... memang best la tgk aksi pemain2 muda.. suda la comey2.. hohohohooo.. terutama fahmi si goal keeper.. sungguh champin menangkap bola.. i like tauuuu.. tahniah juga diucapkan kepada safee & norshahrul.. pemain yang memang berbakat... mantap gitu.. k la, semoga 2 tahun akan datang diorang ni bole menang lagi.. best juga kalau jadi juara bertahankan.. tahniah juga dgn bro. rajagopal..sejak bila pula jadi bro ni?? huhu, mana2 ja la.. last but not least, TERIMA KASIH banyak2 pasukan Malaysia sbb bagi cuti besok.. Hadiah paling bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia.. Malaysia BOLEHHHH!!!!

Tuesday, December 21, 2010

Happy Birthday K H A I R

21 Dis 2010... genap setahun umur anakku Muhammad Khair Rizqi... setahun yang lalu, saat aku menulis entry ni rasa2nya masih lagi di labour room, sedang menanti saat2 melahirkan.. hehe.. time contraction memuncak2 tapi bukaan teda progress ni, heheee.. still ingat lagi hari tu.. huu, ngeri gak la. k la, nda mo crita pasal tu, sbb tepat pukul 7.30pm, K H A I R lahir melalui c-sec.. k, STOP.

Semalam, 20hb dis, kami sekeluarga celebrate la bday c kecik ni. memandangkan semalam aku cuti, so aku pun buat la party kecil-kecilan tuk kami anak beranak.. dan yg paling best adalah, semua prop dipasang HANYA untuk capture gambar ya.. huhu.. dan, ini la hasilnya, untuk kenangan bday yang pertama kali buat khair..









Wednesday, December 15, 2010

Aku & Dinar Emas

Salam rakan2 blog...

Hihi, lama sda nda update blog ni.. tiba-tiba hari ni rasa berkobar2 mau meluah perasaan pasal emas tuk entry kali ni.. crita pasal emas ni, mahal kan emas skrg??? kalau nda silap, di kedai tomei 1b tu, 1g emas 916 RM157.. wah, mahalnyaaa... rasa2nya mampu ka kita tuk beli emas? skrg pun suda mahal, apa lagi next year. dengar khabar angin, next year harga emas lagi la melonjak naik.. uuu..ngerinya dgr. mgkn orang-orang mcm aku ni rasa ngeri bila dengar, tapi bagi orang-orang yang masi tidak sedar akan kebaikan emas ni mesti no feel kan?? tanya la diri sendiri (brapa gram emas suda yg berjaya dikumpul?)..

Kali ni saya bukan mo becakap pasal emas perhiasan mami jarum, tp emas dinar/jongkong emas.. Korang suda mula mengumpul dinar?? paling tidak pun 1 dinar, ada?? mesti ramai lagi yang tiada dinar kan?? hehe, syukur la sy suda sedar dan bertindak awal, kumpul sikit2.. wang kertas tu bila  tgk betul2 semakin hari semakin turun nilainya.. ntah2 tiba satu saat wang kertas sudah tidak bernilai, (sib baik la aku ada emas) hihiii...bak kata Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). 

Alamak bunyi macam agen emas la pula kan.. hihihii.. belum cukup modal tuk jadi ejen. Bukan apa, ni just tuk berkongsi sbb sejak satu, dua bulan kebelakang ni aku siang malam pikir pasal emas, aku pun nda tau kenapa.. lebih2 bila sudah menukarkan wang aku menjadi dinar, rasa mau menambah lagi.. hari2 duk depan pc baca blog2 pasal emas ni... rasa mcm mo keluarkan ja semua duit dalam asb tuk beli emas.. hahahahaaa... ya la kan, dividen asb setahun baru 8%, emas setahun kenaikan paling kurang pun 20%.. egegegegeee.. mau kuarkan duit la lepas ni. mau beli emas lagii huhuuu~

kalau rasa-rasa ada antara kawan2 yang berminat dan mau tau info2 pasal emas ni bole la tanya sy ya.. kita share2 pendapat, share2 ilmu.. kumpul dinar & dirham sama2.. supaya duit2 kita lebih terjaga, tidak dimanipulasi.. emas sangat berharga, thats why tiada apa yang dapat tandingi nilainya.. tu ja tuk kali ni. Jum la kawan2, kita kumpul emas, selain simpan bole gak buat pelaburan. kalau pokai sgt, kebulur, bole gak gadai di ar-rahnu agro ka.. ada duit nanti, bole tebus balik.. last time sy beli dinar ni 1 dinar (4.25g) baru rm637 (thanks farah & sidek sbb tolong belikan).. hehe.. sejak aku beli pada akhir November, nda pernah aku tgk harga turun, sekarang naik turun naik turun pun masi lagi 1 dinar rm650 (ni pun paling rendah la ni).. syukur la..dapat kesedaran cepat. hihiii... o ya, emas2 saya belum cukup untuk dizakatkan.. hihi.. kalau kawan2 ada yang lebih 85g, 800g untuk emas perhiasan tu, jangan lupa bayar zakat ya.. baru berkat. k la, tu ja tuk kali ni.. :)

Monday, December 6, 2010

Introducing Baby Yusuff

Our new family member...introducing baby Yusuff Azlan, born on 01/10/10, 3.40kg at Kota Bharu Medical Centre.. congrates to Ida & Azlan.. hehe, 1st time jumpa baby yusuff time wedding uncle boy.. hai yusuff.. nyaaaa,nyakkk!!


 

Thursday, December 2, 2010

Bila marah...

Marah, sedih, kecewa, itu yg aku rasa... siapa tidak marah kalau sesuatu yg x adil berlaku dgn diri kita..
Kenapa ada sesetangah orang yg berperangai begitu, ada kuasa, ada hak, tapi tidak dapat berlaku adil...
(itu pun kuasa kecil, kalau kuasa besar nda tau la pula mau jadi apa) huh!!
memanglah kita tidak dapat puaskan hati semua orang, tapi apa salahnya berusaha untuk memuaskan, salahkah berlaku adil?? aku rasa sangat kecewa, kecewa, kecewa... bukan mau cakap berkira buat kerja, tapi biarlah adil.. kita ni sama2 kerja. aku pun ada ketikanya mempunyai hak untuk menentukan itu ini, dan apa yang aku buat adalah berusaha untuk berlaku ADIL, dan konsider mana-mana yang patut dikonsider.. mgkn dia anggap aku ni kawan dia, dia bole buat sesuka hati.. bukan mau mengungkit, tapi bila tiba aku menggunakan kuasa aku untuk menentukan sesuatu kerja, aku cuba untuk kurangkan beban dia... konsider.. biarlah kami yang kerja lebih. kesian.. tidakkah dia bersyukur? tidakkah dia rasa itu pengorbanan sahabat? sampai hati... rasa marah yang teramat sangat, nda puas hati.. sampai marahkan dia didalam mimpi, sampai termimpi2.. sungguh aku kecil hati.. dan pagi ni, boleh pula dia buat bodoh... semoga perbuatanmu akan dibalas Allah.. Sesungguhnya Allah maha adil.. biarpun dia rasa ini benda kecik, boleh pula bagi alasan yang tidak logik, sesungguhnya aku terasa amat-amat teraniaya!