Salam...
Agak lama update blog ni. Almaklumlah terbizi pula tahun ni... mana master lagi (sedih, sbb i have to quit), then bisnes lagi, MyLittleMomo, so nda cukup masa mo update blog. TAPI... setelah melihat perkembangan faeq, rasa ingin pula update disini, bukan apa, bila suda tua nanti, bole gak baca2 balik entry di sini.. mesti bestkan??
Ok, hmmm, mau mula dari mana dulu.. skrg faeq pandai buat apa aaa... senang crita tengok la list di bawah:
1. Suka pukul/tumbuk orang. Mana2 dia pegi terutamanya di taman poli, mesti dia tumbuk org. Stakat rekod terkini dia tumbuk haikal (anak kak adha), yang bestnya haikal balas balik...hahahhaa..lucu2, tp nda best la kan, kecik2 suka tumbuk2, (ni pengaruh ben10). After insiden tu, ben10 di"band" di rumah ni... alhamdulillah, kurang sikit tabiat menumbuknya. Mmg betul la tv ni kuat pengaruh.
2. Bercakap 2,3 patah dalam sekali. hmmm..nda tau la ngam ka tidak perkembangannya ni (2y8mths), tp budak ni baru pandai sambung2 perkataan utk buat ayat yang simple2... banyak dia cakap 1-1 perkataan ja. yang paling best dia suka sebut perkataan "rusyak", "o-owww (terpengaruh katun little Einstein), "sowwy", "ammekumm", "jom", "wammo - 1 more", itu ja aku ingat stakat ni.
3. Suka angkat bantal adik dia, dan tolong letak di atas katil, bila adiknya kena angkat dari living ke bilik. hmmm..rasa sweet betul bila pikir2 balik.
4. Suka kiss sana sini, kiss di kaki, kiss di lengan, kiss di meja, kiss remote, kiss mainan, semua dia mau kiss... hmmmm... salah ajaran kali. hahahhahaa...
5. Suka kerutkan kening bila marah sambil hadiahkan jelingan maut... huahuahuaa.. dia sll buat ni bila pi taman, dan budak2 pompuan @ ibu2, tegur2 dia.. so, kunun2 mau tunjuk mahal, dia pun buat la tabiat mcm ni. sabar ja laaa...
6. O ya, berat badan 14kg +++ tapi, rasa2 mcm 20kg kalau diangat. Punya main beraaaaatttt...
7. Telah mencipta rekod "berenang" aksi kuak lentang dan aksi bebas di parkson 1borneo. Sabar ja la nakkk...mama buat bodo ja kalau ko buat mcm tu. Baru ko tauuu...
8. Mendapat kasut crocs kedua dalam hidup ko. Papa yang belanja. Mama pula belanja adik khair. :D
9. Takut masuk boo boo land, terutama bila ko tengok mainan kerusi bumper tu, faeq fobia sbb dulu pernah naik dgn papa, muka pucat lesi. skali this tyme tengok bumper tu terus patah balik pi tempat papa, then kita pun nda jadi main... hahhaa.. (jimat duit mama)
10. Pandai kencing sendiri di tandas. Nda pakai pampers suda siang2 kecuali tyme tidur.. hihihi.. pandai anak mama.
11. Malas makan, dan sangat, sangat, sangat degil tyme makan. geram mama tauuuuuuuu... mcm2 mama masak, tapi tyme ni ko suka makan sup. so, mama sll kasi masak sup, mcm2 sup, sup ayam, sup ikan, sup fish ball, sup makaroni, sup campbell.. mcm2 ada... nasi haram ko mau yaa.. nasib baik gumuk.
Ok la, stakat ni itu ja la... penat suda mama. till then, ini gambar terkini faeq...
Showing posts with label faeq. Show all posts
Showing posts with label faeq. Show all posts
Monday, April 18, 2011
Tuesday, April 13, 2010
road to be a pro photographer - chapter 1 [taman poli]
Hehee... tajuk cam poyo ja kan.. nda la, saja2 ja.. ni la kegiatan di kala semangat berkobar2 men'test' lense baru... saja ja pun amik gambar2 budak ni... mmg minat sgt amik gambar budak.. (mak aku cakap, aku ikut minat arwah bapa aku) huhuuu... manala tau ini la rezeki yang Allah bagi tuk menambah rezeki.. kalau bukan sekarang, 5, 6 tahun akan datang.. huhu.. (lamanyaaa..) jadi dipendekkan cerita, ini la gambar yang berjaya diambil.. sebenarnya aku suka sgt main dgn matahari, tapi time ni kejap ja "dia" ada.. pastu suda hilang daaa...(makin mendung).. k, tu ja la.. da daaa...
Monday, March 15, 2010
Muhammad Faeq Muazzam
Muhammad Faeq Muazzam, haaa..ni anak sulung aku. Lahir pada 3 ogos 2008, jam 1.05am, seberat 2.90kg je..(sama ja dgn adik dia), tp secara normal. Hmm, senang ja time deliver faeq ni.. sakit pun x la kaw2 sgt (tidak seperti adiknya..). Gambar ni diambil hujung minggu lepas (13march). ni pun punya main susah mau dapat gambar yg best2.. almaklumlah, budak nda pandai duk diam..alamatnya, amik gambar candid ja la.. apa2pun, semalam rambut dia telah dibotakkan. pasni rambut x ble buat ala2 punk sda la.. tp, apa2pun, dia tatap hensem.. k la, megi sya suda kambang. da daaaa..
Subscribe to:
Posts (Atom)



