CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 21, 2010

Happy Birthday K H A I R

21 Dis 2010... genap setahun umur anakku Muhammad Khair Rizqi... setahun yang lalu, saat aku menulis entry ni rasa2nya masih lagi di labour room, sedang menanti saat2 melahirkan.. hehe.. time contraction memuncak2 tapi bukaan teda progress ni, heheee.. still ingat lagi hari tu.. huu, ngeri gak la. k la, nda mo crita pasal tu, sbb tepat pukul 7.30pm, K H A I R lahir melalui c-sec.. k, STOP.

Semalam, 20hb dis, kami sekeluarga celebrate la bday c kecik ni. memandangkan semalam aku cuti, so aku pun buat la party kecil-kecilan tuk kami anak beranak.. dan yg paling best adalah, semua prop dipasang HANYA untuk capture gambar ya.. huhu.. dan, ini la hasilnya, untuk kenangan bday yang pertama kali buat khair..









Wednesday, December 15, 2010

Aku & Dinar Emas

Salam rakan2 blog...

Hihi, lama sda nda update blog ni.. tiba-tiba hari ni rasa berkobar2 mau meluah perasaan pasal emas tuk entry kali ni.. crita pasal emas ni, mahal kan emas skrg??? kalau nda silap, di kedai tomei 1b tu, 1g emas 916 RM157.. wah, mahalnyaaa... rasa2nya mampu ka kita tuk beli emas? skrg pun suda mahal, apa lagi next year. dengar khabar angin, next year harga emas lagi la melonjak naik.. uuu..ngerinya dgr. mgkn orang-orang mcm aku ni rasa ngeri bila dengar, tapi bagi orang-orang yang masi tidak sedar akan kebaikan emas ni mesti no feel kan?? tanya la diri sendiri (brapa gram emas suda yg berjaya dikumpul?)..

Kali ni saya bukan mo becakap pasal emas perhiasan mami jarum, tp emas dinar/jongkong emas.. Korang suda mula mengumpul dinar?? paling tidak pun 1 dinar, ada?? mesti ramai lagi yang tiada dinar kan?? hehe, syukur la sy suda sedar dan bertindak awal, kumpul sikit2.. wang kertas tu bila  tgk betul2 semakin hari semakin turun nilainya.. ntah2 tiba satu saat wang kertas sudah tidak bernilai, (sib baik la aku ada emas) hihiii...bak kata Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). 

Alamak bunyi macam agen emas la pula kan.. hihihii.. belum cukup modal tuk jadi ejen. Bukan apa, ni just tuk berkongsi sbb sejak satu, dua bulan kebelakang ni aku siang malam pikir pasal emas, aku pun nda tau kenapa.. lebih2 bila sudah menukarkan wang aku menjadi dinar, rasa mau menambah lagi.. hari2 duk depan pc baca blog2 pasal emas ni... rasa mcm mo keluarkan ja semua duit dalam asb tuk beli emas.. hahahahaaa... ya la kan, dividen asb setahun baru 8%, emas setahun kenaikan paling kurang pun 20%.. egegegegeee.. mau kuarkan duit la lepas ni. mau beli emas lagii huhuuu~

kalau rasa-rasa ada antara kawan2 yang berminat dan mau tau info2 pasal emas ni bole la tanya sy ya.. kita share2 pendapat, share2 ilmu.. kumpul dinar & dirham sama2.. supaya duit2 kita lebih terjaga, tidak dimanipulasi.. emas sangat berharga, thats why tiada apa yang dapat tandingi nilainya.. tu ja tuk kali ni. Jum la kawan2, kita kumpul emas, selain simpan bole gak buat pelaburan. kalau pokai sgt, kebulur, bole gak gadai di ar-rahnu agro ka.. ada duit nanti, bole tebus balik.. last time sy beli dinar ni 1 dinar (4.25g) baru rm637 (thanks farah & sidek sbb tolong belikan).. hehe.. sejak aku beli pada akhir November, nda pernah aku tgk harga turun, sekarang naik turun naik turun pun masi lagi 1 dinar rm650 (ni pun paling rendah la ni).. syukur la..dapat kesedaran cepat. hihiii... o ya, emas2 saya belum cukup untuk dizakatkan.. hihi.. kalau kawan2 ada yang lebih 85g, 800g untuk emas perhiasan tu, jangan lupa bayar zakat ya.. baru berkat. k la, tu ja tuk kali ni.. :)

Monday, December 6, 2010

Introducing Baby Yusuff

Our new family member...introducing baby Yusuff Azlan, born on 01/10/10, 3.40kg at Kota Bharu Medical Centre.. congrates to Ida & Azlan.. hehe, 1st time jumpa baby yusuff time wedding uncle boy.. hai yusuff.. nyaaaa,nyakkk!!


 

Thursday, December 2, 2010

Bila marah...

Marah, sedih, kecewa, itu yg aku rasa... siapa tidak marah kalau sesuatu yg x adil berlaku dgn diri kita..
Kenapa ada sesetangah orang yg berperangai begitu, ada kuasa, ada hak, tapi tidak dapat berlaku adil...
(itu pun kuasa kecil, kalau kuasa besar nda tau la pula mau jadi apa) huh!!
memanglah kita tidak dapat puaskan hati semua orang, tapi apa salahnya berusaha untuk memuaskan, salahkah berlaku adil?? aku rasa sangat kecewa, kecewa, kecewa... bukan mau cakap berkira buat kerja, tapi biarlah adil.. kita ni sama2 kerja. aku pun ada ketikanya mempunyai hak untuk menentukan itu ini, dan apa yang aku buat adalah berusaha untuk berlaku ADIL, dan konsider mana-mana yang patut dikonsider.. mgkn dia anggap aku ni kawan dia, dia bole buat sesuka hati.. bukan mau mengungkit, tapi bila tiba aku menggunakan kuasa aku untuk menentukan sesuatu kerja, aku cuba untuk kurangkan beban dia... konsider.. biarlah kami yang kerja lebih. kesian.. tidakkah dia bersyukur? tidakkah dia rasa itu pengorbanan sahabat? sampai hati... rasa marah yang teramat sangat, nda puas hati.. sampai marahkan dia didalam mimpi, sampai termimpi2.. sungguh aku kecil hati.. dan pagi ni, boleh pula dia buat bodoh... semoga perbuatanmu akan dibalas Allah.. Sesungguhnya Allah maha adil.. biarpun dia rasa ini benda kecik, boleh pula bagi alasan yang tidak logik, sesungguhnya aku terasa amat-amat teraniaya!

Wednesday, December 1, 2010

Majlis Perkahwinan Boy

Kali ni cuti-cuti malaysia diadakan serentak dgn wedding boy.. :) sambil berkahwin sambil berjalan.. kalau last year kami gi cuti-cuti sambil kawin di kelantan, kali ni kami ke teluk intan perak pula.. best juga bejalan di tempat orang.. yalah, semua adik beradik aku ni berjodoh dgn orang "malaysia" hahahahaa.. (sabah bukan malaysia ka?) well, mostly org2 kampung di peninsular cakap semenanjung tu malaysia.. jadi orang sabah, paham2 dan bersabar saja la ya..

25/11 fly g kl.. 26/11 gerak gi teluk intan, 26/11 after asar, nikah, 27/11 majlis di rumah pengantin perempuan, 28/11 gerak balik g kl.. 29/11 (paling best) round satu hari di IKEA damansara (pokaiiii ooo..) 30/11 fly balik kk. Ini ringkasan cuti-cuti memenatkan kali ini.. ok, so, ini ja gambar2 yang berjaya diambil.. telah diedit sebab almaklumlah insan2 amatur ni, banyak sgt kekurangan pada gambar.. huhu.. so, ini dia tuk kenangan kita :)

 
Sedang berdebar2 di lobby hotel :)
 
Maintan cool.. 
 
Ketua pom-pom gurls.. hehe..
 Mendengar tazkirah tok imam.. isteri itu..bla,bla,bla..jgn disakiti isteri.. bla,blaa.. :)
Alhamdulillah, berjaya akhirnya.. :)
 jadi isteri solehah ya...
Acara menyerahkan mas kawin dan sarung cincin..
Resepsi di rumah pengantin perempuan.. i like pink!!
Cantiknyaaa pelamin :) rasa macam mau kawin balik pulakss.. huhuuu~~
Ibuku, Ibumu jua..
Beramai2 kawin di pelamin (huh~apakah??)
Jalan time.. at menara condong teluk intan. (sempat gak meninggalkan cap jari) hehe..
Karya agungku.. hahahaa.. perasan!

Friday, November 19, 2010

Jangan diambil kalau bukan hak kita

Salam...
Semalam pegi mengeluarkan duit asb... agak banyak juga la, bukan 1,2k.. setelah selesai urusan di kaunter bank, trus masukkan pula duit ke saving acc. Setel. Sesampainya di kereta, aku masuk, kunci pintu, dan keluarkan buku bank asb, saja mau cek balance amount yg ada.. tiba2, terkejut melihat figure rmxxxxx..wah?? banyak juga, tadi aku keluarkan duit, apasal duit aku bertambah pula ni??? tekejut beruk, dapat jackpot ka?? hahahahaaa.. bak kata orang rezeki jgn ditolak, musuh jangan dicari.. rupa2nya staf bank tu bukannya keluarkan duit, dia masukkan pula duit ke akaun aku. WHAT SHOULD I DO?? istigfar sekejap.. tarik nasaf.. semuanya terletak di tangan aku, hati berbisik2, kiri horn, kanan hollow... show me the way ya Allah... drive dulu.. tgh drive otak ligat berfikir, keputusan dibuat, YA!!, aku mesti kol bank tu, inform dgn diorang.. alhamdulillah, aku mendengar kata hollow.. hehe..

Then, park ke tepi, kol bank, nasib baik sebelum tinggalkan kaunter tadi sempat tapau brosure loan asb (ada no.fon bank disitu), syukur dipermudahkan,ada hikmah disetiap kejadian! Bercakap dgn 1 staff dari bank tersebut, inform yang stafnya salah buat transaksi.. berkali-kali staf tersebut ucap terima kasih, dapat aku rasakan ikhlas ucapannya.. hmmm :) dia minta no. tel dan cakap akan inform staf yang buat transaksi tu tadi.. 2 minutes later, staf tu kol.. again, ucapan terima kasih yang ikhlas aku dgr.. syukur la.. katanya "terima kasih banyak2 puan, kalau tidak abislah kepala saya kena potong".. pengajaran, kena berhati-hati dgn setiap langkah yang kita ambil, nasib baik belum terlambat.. ya la kan, nobody's perfect, tp sekurang-kurangnya kita kena berjaga2, usaha..

LEGA.. lega sangat2 bila semuanya selesai, terasa seolah2 diriku  mencapai kejayaan, kejayaan diri sendiri kerana tidak mendengar kata horn.. jangan diambil kalau bukan hak kita.. jika diambil juga pasti ada sesuatu yang buruk akan terjadi dgn kita.. itu apa yang diajar oleh bekas pensyarah semasa di UM dulu, sampai skrg aku ingat kata2nya.. hari ni kita ambil hak orang walaupun 10sen, esok lusa, pasti kita akan dapat balasan lagi teruk.. huu, lega.. semoga Allah permudahlan urusan staf bank tu, jgn pula dia kena pecat.. hehe.. tu ja for this entry.. :)

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Selamat menyambut Hari Raya Korban semua... semoga semuanya selamat & diredhai sentiasa.. amin..

Just For You My Lover

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com


Scrapbook at WiddlyTinks.com

Monday, November 15, 2010

1st drawing by faeq


9 Nov 2010, sedang aku concentrate melayari FB, tiba-tiba faeq datang, "mama-mama, dog..." sambil menunjukkan doodle yang dicontengnya... secara spontan sy menjawab, "wow, cantinya dog, pandai anak mama.."
 
1st drawing by faeq.. hihii.. kalau dilihat dgn mata kasar, memang garisan2 yg terbentuk ni tidak membawa apa2 maksud, tp, bagi hati seoarang ibu, hatiku cukup tersentuh, faeq yang berumur 2 tahun 3 bulan tu sudah pandai berimaginasi.. melukis dog, binatang yang selalu dilihatnya di kaca tv, ikon cartoon dan binatang yang selalu muncul di animal planet.. hehe.. bijak anak mama.. semoga lepas ni semakin bijak dan dapat melukis dengan lebih bagus.. perkembangan yang positif.. mungkin di luar sana, ada anak2 yang lebih advance, tapi mama tetap bangga dgn faeq.. sbb dia adalah anakku.. :)

Saturday, November 6, 2010

Kids Photographer - Capturing Faeq

Sda lama aku fikir mau buat outdoor photography untuk anakku. Mula-mula cadang mau capture gambar Faeq & Khair, tp bila fikir2 nanti suami tidak menang tangan melayan baby khair yang skrg tidak pandai duduk diam. Jadi, tinggallah khair bersama maid di rumah.. hehehe.. cian khair. next time ya dear.. kita bawa abg dulu gi laksanakan projek mama. :)

Destinasi ke tanjung aru (itu ja yg terlintas dalam fikiran, tempat yg ada rumput hijau..) hehe..mcm la tmpt lain tiada kan? ditemani dgn yati & baby faiez. Lama gak la disana, almost 2hours tuk rakam detik2 berharga anak2...

Ni antara capturan faeq, untuk capturan faiez saya sda upload di fb Aya Chalo.

Bubbles!!!

Oh, pose ala2 model gitu...

Excited mengejar bubble sebenarnya...

Ngam ka mama??

Begini pun ok ba maaa...
Mana mau escape nih.. :P

Papa, cepatla buat bubbles.. faiez pun mau main gak ni..

Uh, apa la dorang tgh tengok tu? semut?

Bagi chance la adik main..

Itu ja la yg termampu diuplaod buat masa ni. Sesiapa yang berminat merakamkan detik2 manis dgn anak kesayangan bole la kontek saya. Jgn risau, untuk permulaan harga memang boleh runding. Yang sebenanya saya ingin mencari pengalaman.. memang minat sgt capture gambar kanak2.. jgn segan2 hubungi saya ya. See you later.. :)